Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DASAR KURIKULUM

  1. Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bermula pada hari pertama persekolahan.
  2. Semua guru dikehendaki mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 – Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 serta Pekeliling lain yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum.
  3. Sentiasa mematuhi jadual waktu persendirian dan jadual waktu relief yang ditetapkan dengan menandatangani Buku Kawalan Kelas. Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dilaksanakan dengan semaksimum dan berkesan.
  4. Guru yang tidak hadir kerana mengikuti mesyuarat, kursus, seminar atau arahan lain oleh KPM, JPN, PPD dan jabatan lain yang mendapat kebenaran hendaklah menyediakan bahan/modul kepada murid.
  5. Pengajaran dan Pembelajaran secara ‘Penggabungan Kelas’ akan dilakukan sekiranya Acara rasmi sekolah yang melibatkan ramai guru, penglibatan separuh daripada bilangan guru yang sedia ada dengan aktiviti luar atas arahan KPM, JPN dan PPD dan strategi peningkatan dan berfokus menjelang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan
  6. Mesyuarat Kurikulum diadakan sebanyak empat kali setahun. Mesyuarat pertama awal tahun bagi menerangkan dasar kurikulum yang mesti dipatuhi oleh semua guru dan akhir tahun bagi menilai program kurikulum yang diadakan empat kali selepas ujian/peperiksaan dijalankan dan mesyuarat panitia mata pelajaran dilaksanakan.
  7. Penolong Kanan Pentadbiran adalah Setiausaha Kurikulum Sekolah akan dibantu oleh seorang guru bertanggungjawab dalam pengurusan kurikulum penilaian dan program-program kecemerlangan.
  8. Penolong Kanan Pentadbiran bertindak sebagai penyelaras kepada semua Ketua Bidang dan Ketua Panitia menyediakan Perancangan Strategik Sekolah.
  9. Penyeliaan dan pencerapan akan dilakukan secara formal sebanyak 4 kali – 2 kali pencerapan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan 2 kali pencerapan buku latihan dan bila-bila masa oleh pengetua sekiranya perlu.
  10. Pencerapan dilakukan dengan menggunakan Borang Standard SKPMG2. Pencerap hendaklah menyediakan laporan/rumusan selepas pencerapan.
  11. Penilaian dan Peperiksaan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun dan Penilaian SKM setiap 2 bulan sekali. Guru mata pelajaran yang berkaitan mesti menyediakan soalan ujian peringkat sekolah secara bergilir seperti yang diputuskan dalam mesyuarat panitia mata pelajaran.
  12. Soalan ujian hendaklah mengikut modul pembelajaran yang disediakan dan disahkan oleh Ketua Bidang untuk kelulusan cetakan.
  13. Mengadakan mesyuarat dan post mortem selepas setiap kali ujian/peperiksaan/pentaksiran dijalankan.
  14. Keputusan ujian dan peperiksaan akan diumumkan kepada murid dan disampaikan kepada ibu bapa/penjaga.
  15. Guru mata pelajaran mesti membuat analisis, diagnosis pencapaian setiap orang murid dan menyediakan laporan serta mengadakan program pemulihan sekiranya keputusan ujian/peperiksaan tidak mencapai peratus ditetapkan.
  16. Melaksanakan program kecemerlangan secara konsisten dan terancang dan mengamalkan Budaya Cemerlang.
  17. Ibu bapa/penjaga murid yang bermasalah dalam pencapaian akademik akan dijemput ke sekolah untuk berbincang bagi mengatasi masalah bersama dengan pihak sekolah dan guru mata pelajaran.
  18. Semua guru diminta mengamalkan Budaya Membaca dan Perkongsian Pintar bersama rakan atau dengan guru sekolah-sekolah lain untuk makluman.
TARIKH KEMASKINI: 22 FEBRUARI 2020