Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LATAR BELAKANG PSS


Pusat Sumber SMPKV Kuantan mula dibina pada tahun 2009 yang terletak berhampiran dengan bangunan pentadbiran SMPK Vokasional Kuantan.  SMPKV Kuantan merupakan Sekolah Menengah Pendidikan Khas yang ketiga ditubuhkan dan disenaraikan di bawah pengurusan Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia adalah hasil daripada persefahaman dan kerja erat antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan. Pembinaannya siap pada tahun 2011 dan penyerahan kepada BP Khas, KPM dilakukan pada bulan Jun 2012.

Sejajar dengan itu, Pusat Sumber SMPKV Kuantan mula beroperasi pada bulan Julai 2012. Pembukaan Pusat Sumber SMPKV Kuantan bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah dengan memberi perkhidmatan yang terbaik bagi menampung keperluan sumber pengetahuan bagi warga sekolah. Selain itu, PSS juga berperanan membentuk golongan murid-murid yang berilmu, kreatif, dan berdisiplin untuk membentuk sahsiah murid-murid agar dapat memainkan peranan yang positif serta mendedahkan pengetahuan teknologi maklumat kepada murid-murid melalui penggunaan komputer.