Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERTANIAN

Bil
Nama
Mata Pelajaran
1
Mohd Khairul Nizam b. Zakaria
Pekerja Am Tanaman
2
Wan Azrihah bt. Muhamad Zuki
Pekerja Am Tanaman
3
Norazlina bt. Fuad
Pekerja Am Tanaman
4
Nurul Syazwanie bt. Mohd Fadzil
Pekerja Am Tanaman
5
Nur Najihah bt. Halim
Pekerja Am Tanaman
6
Siti Aisyah bt. Ahmad
Operator Pembuatan dan Pemprosesan Makanan
7
Rosidah bt. Sin
Operator Pembuatan dan Pemprosesan Makanan
8
Norlida bt. Amir Amzah
Operator Pembuatan dan Pemprosesan Makanan
9
Suriani bt. Sidi Ahmad
Operator Pembuatan dan Pemprosesan Makanan
10
Solehah bt. Ismail
Atendan Landskap
11
Nor Maziera bt. Mohamad Zulkifli
Atendan Landskap
12
Rohani bt. Abdullah
Atendan Landskap
13
Mohd Shanjihan b. Hamid
Atendan Landskap
14
Ahmad Hairu b. Che Mustafaha
Atendan Landskap
15
Siti Shahirah bt. Kasim @ Hashim
Atendan Landskap
__ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ 

OPERATOR PENGELUARAN PEMPROSESAN MAKANAN
(SKM OPPM TAHAP 1)
SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan merupakan Sekolah  Menengah Pendidikan Khas yang pertama menawarkan program SKM Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan Tahap 1 untuk murid- murid Bermasalah Pendengaran (BD) dan Bermasalah Pembelajaran (BP). Tempoh pengajian program ini adalah selama 2 tahun dan untuk murid yang terampil dalam penilaian portfolio akhir akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1. Murid akan mempelajari tentang
  1. Cara mengendalikan bahan mentah
  2. Cara memproses hasilan makanan ikan seperti keropok lekor
  3. Cara memproses makanan hasilan daging seperti daging burger dan nugnet ayam
  4. Cara memproses makanan hasilan buah- buahan dan sayur- sayuran seperti sos cili, jem nenas, jeruk mangga dan cincau
  5. Cara memproses makanan hasilan bakeri seperti pizza, kek dan roti
  6. Cara memproses makanan hasilan snek dan konfesioneri seperti kerepek pisang dan keropok kering
PEKERJA AM TANAMAN
(SKM PAT TAHAP 1)
Pekerja Am Tanaman dipertanggungjawabkan untuk melakukan kerja- kerja rutin ladang dengan menggunakan Amalan Pertanian Baik (APB) yang meliputi aspek- aspek tanaman:
  1. Sedia kawasan penanaman
  2. Sedia tapak semaian serta bahan tanaman
  3. Laksana kerja penanaman
  4. Laksana kerja- kerja penjagaan tanaman
  5. Laksana kerja tuai hasil dan pasca tuai tanaman
  6. Pasarkan hasil tanaman di pasar tani/ pasar malam/ pasar minggu
Murid berpeluang untuk menyambung pelajaran ke SKM Tahap 2 (Jurutekik Tanaman) dan seterusnya SKM Tahap 3 (Penyelia Tanaman) yang ditawarkan di Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang. Murid juga berpeluang bekerja sebagai pekerja ladang tanaman dengan SKM Tahap 1 serta berupaya mengusahakan ladang tanaman sendiri.

ATENDAN LANDSKAP
(SKM AL TAHAP 1)
Salah satu program SKM Tahap 1 yang ditawarkan di SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan. Program vokasional ini diperakukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Setiap murid di dalam program ini hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai asas menyediakan kawasan landskap dan menguruskan bahan landskap lembut dan kejur. Kemahiran-kemahiran ini penting kerana asas yang kukuh dapat melahirkan murid yang berkemahiran seterusnya dapat menghasilkan pekerja- pekerja mahir dalam bidang landskap. Tempoh pengajiannya adalah selama 2 tahun.

Untuk permohonan, boleh layari laman web https://epkhas.moe.gov.my

TARIKH KEMASKINI: 19 FEBRUARI 2019