Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DASAR HEM

  1. Semua murid yang ditawarkan ke sekolah ini mesti tinggal di asrama yang disediakan.
  2. Pelaksanaan dan pematuhan peraturan dan pembentukan disiplin dan sahsiah murid SMPK Vokasional Kuantan adalah tanggungjawab semua guru kerana “Semua Guru Adalah Guru Disiplin”.
  3. Guru Kelas bertanggungjawab menanda kedatangan murid pada setiap pagi dan menghantar Buku Kehadiran Murid ke pejabat sekolah selewat-lewatnya selepas waktu kedua.
  4. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah setiausaha Bahagian Hal Ehwal Murid yang dibantu oleh seorang guru yang bertanggungjawab dalam pengurusan Hal Ehwal Murid yang merangkumi unit-unit yang berkaitan dengan kebajikan, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid.
  5. Setiap unit di Bahagian Hal Ehwal Murid mempunyai jawatankuasa yang akan bertanggungjawab berdasarkan bidang tugas yang telah ditetapkan dan dikehendaki menyediakan perancangan tahunan.
  6. Warden bertugas harian bertanggungjawab selepas waktu persekolahan dengan menjaga aspek keselamatan, kesihatan, kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan murid bagi meningkatkan tahap kecemerlangan murid dari segi akademik dan sahsiah murid.
  7. Menjadikan asrama sebagai pusat kecemerlangan murid dan melahirkan bakal pemimpin dan profesional pada masa akan datang.
  8. Unit Bimbingan dan Kaunseling berfungsi dan berperanan dalam menangani masalah murid dan warga sekolah berdasarkan Pekeliling dan Arahan yang telah ditetapkan.
  9. Segala tindakan dan dendaan kepada murid perlu dirujuk kepada pekeliling dan arahan yang telah ditetapkan.
  10. Agihan Modul Pembelajaran kepada semua murid dan memastikan murid mengguna dan menjaga keselamatan dan kebersihan buku-buku tersebut dengan seliaan guru.
  11. Sentiasa menjaga keselamatan dan kebajikan murid sama ada di sekolah atau asrama.
  12. Sentiasa peka dan prihatin terhadap perkembangan psikologi murid melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
  13. Menunaikan solat secara berjemaah dan Program Bina Insan dilaksanakan setiap minggu.
TARIKH KEMASKINI: 22 FEBRUARI 2020