Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DASAR KOKURIKULUM

  1. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah wajib berdasarkan Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
  2. Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah wajib (Perkara 5.2 dalam SPI Bil 1/ 1985).
  3. Setiap orang murid mesti menyertai 1 Sukan, 1 Pasukan Badan Beruniform dan 1 Persatuan/ Kelab yang ada di sekolah ini.
  4. Aktiviti Sukan, Pasukan Badan Beruniform dan Persatuan/ Kelab akan dijalankan pada hari Rabu secara bergilir di bawah kawalan Guru Penasihat yang telah diberi amanah.
  5. Setiap bahagian hendaklah merancang aktiviti/ program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun dalam Mesyuarat Agung yang dilaksanakan pada Januari.
  6. Setiap bahagian mesti menyediakan Laporan Tahunan. Jawatan, kehadiran, peringkat penglibatan dan pencapaian murid mesti dicatat dalam buku kokurikulum dan buku yang disediakan oleh PK Kokurikulum.
  7. Penolong Kanan Kokurikulum adalah Setiausaha Unit Kokurikulum Sekolah yang akan dibantu oleh seorang guru yang bertanggungjawab menyediakan laporan dan dokumen yang berkaitan
  8. Sentiasa menjaga aspek keselamatan murid dengan cara guru mesti bersama murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan, penyertaan  aktiviti  di luar  kawasan  sekolah  mesti  dengan  kebenaran ibubapa/ penjaga, pengambilan peralatan sukan/ permainan oleh murid mesti di bawah kawalan dan penyeliaan guru dan guru hendaklah sentiasa peka terhadap perubahan semasa
TARIKH KEMASKINI: 22 FEBRUARI 2020