Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DASAR PENGURUSAN

  1. Warga pendidik dan staf sokongan hendaklah sentiasa mematuhi Etika Perkhidmatan Awam, Arahan dan Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
  2. Bersama menghayati Visi dan Misi Sekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar PPPM.
  3. Mematuhi arahan waktu bertugas seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Am 5 Bab G (mematuhi waktu bekerja).
  4. Kehadiran bertugas dengan menggunakan thumb print pada waktu datang dan pulang bekerja.
  5. Menghadiri mesyuarat, kursus dan seminar yang diarahkan oleh KPM, JPN, PPD dan sekolah serta ketidakhadiran dengan menulis surat tunjuk sebab dan alasan munasabah.
  6. Larangan keluar semasa bertugas tanpa izin pengetua/ wakil. Bagi pasangan seorang sahaja dibenarkan keluar dalam satu masa kecuali dalam kes-kes kecemasan dengan mengisi borang keluar meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja.
  7. Tatacara menerima tetamu bukan pendidikan semasa bertugas adalah seperti berikut:
  8. Sentiasa menjaga etika penjawat awam dan menyimpan kerahsiaan.
  9. Sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
  10. Sentiasa menjaga keharmonian dan menjalin hubungan baik dengan pegawai KPM, JPN, PPD, rakan sekerja, warga sekolah, agensi kerajaan & swasta dan komuniti setempat.
  11. Berusaha meningkat kompetensi kerjaya dan menjaga nama baik institusi pendidikan pada setiap masa.
  12. Peka dengan persekitaran sekolah dan peristiwa yang berlaku.
  13. Penglibatan dengan organisasi lain digalakkan tetapi tidak menganggu waktu bekerja dan program sekolah.
TARIKH KEMASKINI: 22 FEBRUARI 2020