Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERATURAN PSS


ØBerpakaian seragam sekolah yang lengkap, T-shirt sekolah dibenarkan di samping pakaian seragam sekolah yang lain

ØDilarang memakai kasut/selipar di dalam PSS

ØLetakkan kasut pada tempat yang disediakan

ØPastikan kasut berada dalam keadaan yang tersusun dan kemas sebelum memasuki PSS

ØPastikan stokin berada dalam keaadaan bersih dan tidak berbau

ØSila beratur dengan kemas  dan tertib sebelum memasuki PSS

ØMurid perlu diiringi oleh guru matapelajaran atau guru pengganti apabila memasuki pusat sumber pada waktu P&P (pelajar tidak dibernarkan masuk jika tiada guru yang mengawasinya)

ØSemua beg murid hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan
Merekodkan penggunaan pusat sumber di dalam buku yang telah disediakan di kaunter sirkulasi

ØTidak boleh meninggalkan pusat sumber tanpa memberitahu guru yang mengawasi/ guru perpustakaan/ pembantu pusat sumber

ØMembawa keluar bahan-bahan PSS tanpa kebenaran adalah satu kesalahan besar

ØSebarang bahan PSS TIDAK DIBENARKAN dibawa keluar dari PSS sehingga ia direkodkan oleh GPM atau Pengawas PSS

ØPelajar hendaklah menjaga kebersihan di dalam pusat sumber serta tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu pelajar lain

ØPelajar dilarang menconteng, mengoyak buku dan merosakkan perabot yang terdapat di dalam pusat sumber

ØPelajar hanya dibenarkan membawa alat tulis, buku teks dan buku latihan sahaja. Buku rujukan tidak dibenarkan dibawa masuk

ØTidak dibenarkan makan, minum dan tidur di dalam perpustakaan

ØPelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan seperti Bilik Perpustakawan Bilik Kerja, Bilik Stor dan Kaunter Sirkulasi

ØPelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku di kaunter

ØPintu pusat sumber mestilah sentiasa tertutup kerana alat pendingin hawa sentiasa berfungsi

ØKerusi dan peralatan yang digunakan hendaklah diletakkan di tempat asal dengan kemas

ØBuku yang telah dibaca mesti diletakkan diatas troli yang disediakan

ØMeletakkan semula akhbar-akhbar dan majalah ke tempatnya

ØMenunjukkan semua buku dan kertas-kertas semasa keluar kepada Pengawas Pusat Sumber yang bertugas dipintu

ØPelajar dikehendaki beratur ketika hendak masuk atau keluar serta ketika melakukan aktiviti peminjaman dan pemulangan bahan

ØSemua pelajar dikehendaki keluar dengan segera dan dalam keadaan senyap serta teratur

ØPelajar tidak dibenarkan membuat bising di luar PSS

ØSemua pelajar dikehendaki mematuhi arahan dari PENGAWAS PSS dan jika ada pelajar yang melawan atau mengingkarinya, tindakan tatatertib akan dikenakan

ØPelajar yang melanggar arahan dan disiplin PSS akan dikenakan tindakan disiplin yang bersesuaian dengan kesalahan tersebut. Laporan disiplin juga akan dibuat